Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .
Sukacitanya dimaklumkan bahawa perjumpaan pengawas akan diadakan pada 30 Disember 2011 iaitu pada hari Jumaat. Diharap semua pengawas dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut . Lokasinya di bilik pengawas.
Kindly be informed that the invigilators meeting will be held on December 30, 2011 which is on Friday. Hopefully all the invigilators are able to attend on that date. The meeting will be held in the invigilators' room
Sekian.Assalamualaikum
Mai jangan tak mai :)
Tuesday, 20 December 2011
Thursday, 3 November 2011
SEJENAK BERSAMA PENTADBIR
Pada 4 November 2011, ahli badan pengawas telah menemuramah Encik Nasran mengenai serba sedikit latar belakang dan harapan serta wawasan yang ingin beliau realisasikan dalam sekolah ini.Ikuti temuramah ini selanjutnya.
Nur Farhana : Assalamualaikum.Kami daripada pihak badan pengawas ingin menemuramah
cikgu.Boleh cikgu ceritakan serba sedikit tentang latar belakang mengenai diri cikgu?
cikgu.Boleh cikgu ceritakan serba sedikit tentang latar belakang mengenai diri cikgu?
Encik Nasran :Terima kasih kerana sudi menemubual cikgu. Cikgu mendapat
pendidikan awal di Pahang.Cikgu bersekolah di sekolah harian biasa.Cikgu pernah memegang jawatan sebagai pengawas ketika berada di Tingkatan 4.Kemudian cikgu melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia bahagian Jurusan Pendidikan dan Kemanusiaan sehingga tahun 1991.Cikgu mula mengajar di Kuantan,Pahang iaitu di SMK Alor Akar ( 1991-1993).Cikgu mula mengajar matapelajaran Sejarah,Geografi,Kemahiran Hidup,Amalan Bahasa Melayu ( Peralihan ),Tingkatan 6 bawah dan atas.Cikgu berpindah ke Shah Alam dan mengajar di SMK Seksyen 24 dari Disember 1993 hingga Februari 2003.Minat cikgu yang mendalam dalam bidang sejarah telah membuatkan cikgu mengambil keputusan untuk mengajar subjek ini.
Nur Farhana : Agak menarik juga latar belakang kehidupan cikgu.Baiklah apa pula pandangan cikgu terhadap badan pengawas sekolah ini?
Encik Nasran : Pada pandangan saya , badan pengawas sekolah ini perlu lebih mantap lagi daripada pelbagai segi.Pertama melalui pengawas itu sendiri.Kedua,tingkah laku,pakaian,kedatangan,hubungan,gaya berjalan dan pelbagai lagi.Tidak lupa juga akademik paling penting.Rutin harian juga perlu lebih dititikberatkan dari hari ke hari.
Nur Farhana : Apa pula harapan cikgu terhadap badan pengawas sekolah ini?
Encik Nasran : Saya berharap agar semua pengawas dapat memantapkan lagi hubungan sesama mereka.Daripada segi akademik pula,hanya 40 peratus sahaja yang memiliki akademik yang baik.Kebanyakan pengawas adalah daripada kelas atas.Kerjasama antara pengawas juga hendaklah dipertingkatkan oleh pengawas pada masa akan datang.Saya juga tidak menggalakkan pengawas keluar dari kelas semasa P&P dijalankan.
Nur Farhana : Baiklah.Apa pula wawasan yang ingin cikgu bawa dalam sekolah ini?
Encik Nasran : Bagi unit Hal Ehwal Murid,unit ini lebih memberi penekanan kepada disiplin warga sekolah ini.Setelah lebih kurang lapan tahun berkhidmat secara keseluruhannya disiplin di sekolah ini agak baik.Masalah disiplin juga semakin kurang dari hari ke hari.
Nur Farhana : Terima kasih Encik Nasran kerana sudi meluangkan
masa dengan kami.
Wednesday, 12 October 2011
KURSUS PENGAWAS KALI PERTAMA
Tarikh : 24 Januari 2011
Hari : Sabtu
Tempat : Anjung Perdana
Masa: 8.00 – 12.30 tengah hari
Sasaran : Semua Pengawas Sekolah (Dianjurkan oleh pihak MSU)
Kursus pengawas kali pertama ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pengawas. Oleh yang demikian, badan pengawas menjadi lebih mantap. Kursus ini dianjurkan oleh pihak MSU . Thanks MSU :)
Malangnya, gambar tidak dapat diambil kerana tiada siapa yang membawa kamera :( its very hard to sayy isk.isskk..
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA
Tarikh : 15 September 2011
Hari : Khamis
Tempat : Dataran Kejat
Masa : 7.40- 8.30 pagi
Sasaran : Semua murid dan guru-guru
Aturcara :
I. Bacaan doa
II. Bacaan Perutusan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia oleh pengetua
III. Penyampaian Hadiah
IV. Persembahan Nyanyian dan Koir
V. Penyampaian Anugerah Khas (3 orang pengawas dianugerahkan Tokoh 1 Malaysia)
VI. Laungan MERDEKA oleh Encik Nasran dan nyanyian lagu (Semua Exco tetap dan Exco pelapis membawa bendera negeri-negeri Malaysia ke atas pentas dan mengibarkannya)
Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini diadakan bertujuan untuk menanam atau menerapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk mengenang jasa pejuang-pejuang negara kita seperti Dol Said, Dato Bahaman, Mat Salleh dan sebagainya .
Tuesday, 11 October 2011
KURSUS PENGAWAS KALI KE-2
Tarikh : 2011
Hari : Sabtu
Tempat : Anjung Perdana, Dataran Kejat, dan Kantin
Masa : 8.00 – 12 tengah hari
Sasaran : Semua Pengawas Sekolah
Aturcara :
i. Bacaan doa
ii. Ucapan dari guru pengawas
iii. Senamrobik
iv. Minum pagi
v. Sesi pembahagian tugas (Belajar Ikrar , pasang dan tarik bendera, Bacaan doa dan command )
vi. Jamuan ringan dan bersurai
Kursus Pengawas kali ke-2 ini bertujuan untuk memantapkan lagi para pengawas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Kursus ini lebih menumpukan tugasan para pengawas di tapak perhimpunan seperti belajar ikrar, bacaan doa dan lain-lain. Pengawas-pengawas yang berkebolehan dan mempunyai pengalaman yang banyak menjadi tenaga pengajar dalam kursus ini . :)
malangnya, gambar tidak dapat diambil semasa kursus ini dijalankan kerana tiada siapa yang membawa kamera :( again .
HARI TERBUKA
Tarikh : 27 Jun 2011
Hari : Isnin
Tempat : Lobi (Pendaftaran) dan di kelas anak masing-masing
Masa : 8.00 – 2.30 petang
Sasaran : Semua murid serta ibubapa masing-masing
Meronda bagi menjaga keselamatan :)
Bertugas di kaunter pendaftaran
Bertugas sebagai penunjuk arah
SUKAN SEKOLAH
5)
Tarikh : 24 Jun 2011
Hari : Jumaat
Tempat : Padang Sekolah
Masa : 8.00 – 12.30 tengah hari
Sasaran : Semua warga sekolah
Bersiap-sedia untuk acara perbarisan lintas hormat
:) Sempat lagi ..
Acara Perbarisan lintas hormat dimulakan dengan Pasukan Pengawas Sekolah
:)
:D
Bacaan Doa oleh Faris Hazmi b Abdul Wahab
:)
Bacaan Ikrar oleh Siti Hajar bt kumar, Ketua Pengawas SMK Alam Megah 2
Tuesday, 4 October 2011
HARI GURU
Tarikh : 27 Mei 2011
Hari : Jumaat
Tempat : Anjung Perdana dan Dataran Kejat
Masa : 7.40 – 12.30 tengah hari
Sasaran : Semua murid dan guru-guru serta AJK PIBG
Tema : ‘GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA’ Persembahan Guru
Amirul Hafizin berbalas pantun dengan Puan Fazia bt Mohamed, Pengetua SMK Alam Megah 2
HARI PENYERAHAN LAPORAN PRESTASI MURID-MURID KRK,TINGKATAN 3 DAN 5
Tarikh : 9 April 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 – 1.10 petang
Tempat : Lobi (Pendaftaran) dan di kelas anak masing-masing
Sasaran : Murid-murid KRK, Ting 3 dan 5 serta ibubapa
MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS
Tarikh : 17 Januari 2011
Hari : Isnin
Tempat : Dataran Kejat
Masa : 7.40- 8.15 pagi
Sasaran : Pengawas baru dan barisan Exco (Tingkatan 5)
Aturcara :
- Bacaan Doa
- Penyampaian watikah perlantikan Pengawas Sekolah, Exco pengawas, Guru Pengawas dan Guru Disiplin
- Ucapan daripada Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas
- Ikrar para pengawas yang baru dilantik diketuai oleh Ketua Pengawas
1
Subscribe to:
Posts (Atom)