Thursday 3 November 2011

SEJENAK BERSAMA PENTADBIR

Pada 4 November 2011, ahli badan pengawas telah menemuramah Encik Nasran mengenai serba sedikit latar belakang dan harapan serta wawasan yang ingin beliau realisasikan dalam sekolah ini.Ikuti temuramah ini selanjutnya.




Nur Farhana : Assalamualaikum.Kami daripada pihak badan pengawas ingin menemuramah
cikgu.Boleh cikgu ceritakan serba sedikit tentang latar belakang mengenai diri cikgu?

Encik Nasran :Terima kasih kerana sudi menemubual cikgu. Cikgu mendapat pendidikan awal di Pahang.Cikgu bersekolah di sekolah harian biasa.Cikgu pernah memegang jawatan sebagai pengawas ketika berada di Tingkatan 4.Kemudian cikgu melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia bahagian Jurusan Pendidikan dan Kemanusiaan sehingga tahun 1991.Cikgu mula mengajar di Kuantan,Pahang iaitu di SMK Alor Akar ( 1991-1993).Cikgu mula mengajar matapelajaran Sejarah,Geografi,Kemahiran Hidup,Amalan Bahasa Melayu ( Peralihan ),Tingkatan 6 bawah dan atas.Cikgu berpindah ke Shah Alam dan mengajar di SMK Seksyen 24 dari Disember 1993 hingga Februari 2003.Minat cikgu yang mendalam dalam bidang sejarah telah membuatkan cikgu mengambil keputusan untuk mengajar subjek ini.

Nur Farhana : Agak menarik juga latar belakang kehidupan cikgu.Baiklah apa pula pandangan cikgu terhadap badan pengawas sekolah ini?

Encik Nasran : Pada pandangan saya , badan pengawas sekolah ini perlu lebih mantap lagi daripada pelbagai segi.Pertama melalui pengawas itu sendiri.Kedua,tingkah laku,pakaian,kedatangan,hubungan,gaya berjalan dan pelbagai lagi.Tidak lupa juga akademik paling penting.Rutin harian juga perlu lebih dititikberatkan dari hari ke hari.

Nur Farhana : Apa pula harapan cikgu terhadap badan pengawas sekolah ini?

Encik Nasran : Saya berharap agar semua pengawas dapat memantapkan lagi hubungan sesama mereka.Daripada segi akademik pula,hanya 40 peratus sahaja yang memiliki akademik yang baik.Kebanyakan pengawas adalah daripada kelas atas.Kerjasama antara pengawas juga hendaklah dipertingkatkan oleh pengawas pada masa akan datang.Saya juga tidak menggalakkan pengawas keluar dari kelas semasa P&P dijalankan.

Nur Farhana : Baiklah.Apa pula wawasan yang ingin cikgu bawa dalam sekolah ini?

Encik Nasran :  Bagi unit Hal Ehwal Murid,unit ini lebih memberi penekanan kepada disiplin warga sekolah ini.Setelah lebih kurang lapan tahun berkhidmat secara keseluruhannya disiplin di sekolah ini agak baik.Masalah disiplin juga semakin kurang dari hari ke hari.

Nur Farhana : Terima kasih Encik Nasran kerana sudi meluangkan masa dengan kami.