Monday, 26 November 2012

Hi-tea Pengawas 2012


Pada 22 November yang lalu, Badan Pengawas SMK Alam Megah 2 telah mengadakan hi-tea pengawas  bagi meraikan para pengawas sekolah yang telah bekerja keras untuk menjaga disiplin sekolah selama setahun.Pada tahun ini hi-tea diadakan di Hardware Cafe, Space U8 dengan tema White Ohsemm Wonderful (WOW).


Ucapan oleh Ketua Guru Pengawas

Ucapan oleh Ketua Pengawas


Ucapan oleh Puan Rooslina 



Persembahan oleh pengawas tingkatan 3



Saturday, 7 July 2012

Kursus Pemantapan Pengawas Percubaan

7 Julai 2012 merupakan hari Badan Pengawas mengadakan Kursus Pemantapan Pengawas untuk melatih pengawas percubaan menjadi lebih berdisiplin dan apa yang perlu ada pada seorang pengawas yang berkaliber. Oleh itu, beberapa gambar kami kongsikan untuk menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku..


Taklimat permulaan

Aktiviti senamrobik

Aktiviti senamrobik

Ucapan Ketua Pengawas & En.Nasran

Latihan Ikrar

Latihan Spot Check

Latihan MC

Latihan Pengendalian Bendera

Latihan Bacaan Doa Rasmi

Upacara penutup

Ucapan Guru Pengawas

Drama cara melakukan spotcheck

Mesyuarat Exco Tertinggi

Friday, 6 July 2012

Hari Terbuka Pertengahan Tahun

Pada 29 Julai 2012 hari terbuka telah diadakan untuk para ibubapa mengambil report card dan berbincang mengenai pelajaran anak-anak mereka bersama dengan guru kelas. Oleh itu, pihak pengawas sekolah bertanggungjawab bagi memastikan hari terbuka ini berjalan dengan lancar dan teratur.


Para Ibubapa sedang mendaftar

Kedatangan beberapa ibubapa

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar mengikut perancangan.

Thursday, 14 June 2012

The Qualities of A Good Leader

How often have you heard the comment, “He or she is a born leader?” There are certain characteristics found in some people that seem to naturally put them in a position where they’re looked up to as a leader.
Whether in fact a person is born a leader or develops skills and abilities to become a leader is open for debate. There are some clear characteristics that are found in good leaders.

  1. A good leader has an exemplary character. It is of utmost importance that a leader is trustworthy to lead others. A leader needs to be trusted and be known to live their life with honestly and integrity. 
     
  2. A good leader is enthusiastic about their work or cause and also about their role as leader. People will respond more openly to a person of passion and dedication. Leaders need to be able to be a source of inspiration, and be a motivator towards the required action or cause. Although the responsibilities and roles of a leader may be different, the leader needs to be seen to be part of the team working towards the goal. This kind of leader will not be afraid to roll up their sleeves and get dirty.
     
  3. A good leader is confident. In order to lead and set direction a leader needs to appear confident as a person and in the leadership role. Such a person inspires confidence in others and draws out the trust and best efforts of the team to complete the task well.
     
  4. A leader also needs to function in an orderly and purposeful manner in situations of uncertainty. People look to the leader during times of uncertainty and unfamiliarity and find reassurance and security when the leader portrays confidence and a positive demeanor.
     
  5. Good leaders are tolerant of ambiguity and remain calm, composed and steadfast to the main purpose. Storms, emotions, and crises come and go and a good leader takes these as part of the journey and keeps a cool head.
     
  6. A good leader as well as keeping the main goal in focus is able to think analytically. Not only does a good leader view a situation as a whole, but is able to break it down into sub parts for closer inspection. Not only is the goal in view but a good leader can break it down into manageable steps and make progress towards it.
     
  7. A good leader is committed to excellence. Second best does not lead to success. The good leader not only maintains high standards, but also is proactive in raising the bar in order to achieve excellence in all areas.
Some characteristics may be more naturally present in the personality of a leader. However, each of these characteristics can also be developed and strengthened. A good leader whether they naturally possess these qualities or not, will be diligent to consistently develop and strengthen them in their leadership role.

Tuesday, 20 December 2011

Perhatian Para Pengawas !!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .

Sukacitanya dimaklumkan bahawa perjumpaan pengawas akan diadakan pada 30 Disember 2011 iaitu pada hari Jumaat. Diharap semua pengawas dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut . Lokasinya di bilik pengawas.

Kindly be informed that the invigilators meeting will be held on  December 30, 2011 which is on Friday. Hopefully all the  invigilators are able to attend on that date. The meeting will be held in the invigilators' room 


Sekian.Assalamualaikum


Mai jangan tak mai :)

Thursday, 3 November 2011

SEJENAK BERSAMA PENTADBIR

Pada 4 November 2011, ahli badan pengawas telah menemuramah Encik Nasran mengenai serba sedikit latar belakang dan harapan serta wawasan yang ingin beliau realisasikan dalam sekolah ini.Ikuti temuramah ini selanjutnya.




Nur Farhana : Assalamualaikum.Kami daripada pihak badan pengawas ingin menemuramah
cikgu.Boleh cikgu ceritakan serba sedikit tentang latar belakang mengenai diri cikgu?

Encik Nasran :Terima kasih kerana sudi menemubual cikgu. Cikgu mendapat pendidikan awal di Pahang.Cikgu bersekolah di sekolah harian biasa.Cikgu pernah memegang jawatan sebagai pengawas ketika berada di Tingkatan 4.Kemudian cikgu melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia bahagian Jurusan Pendidikan dan Kemanusiaan sehingga tahun 1991.Cikgu mula mengajar di Kuantan,Pahang iaitu di SMK Alor Akar ( 1991-1993).Cikgu mula mengajar matapelajaran Sejarah,Geografi,Kemahiran Hidup,Amalan Bahasa Melayu ( Peralihan ),Tingkatan 6 bawah dan atas.Cikgu berpindah ke Shah Alam dan mengajar di SMK Seksyen 24 dari Disember 1993 hingga Februari 2003.Minat cikgu yang mendalam dalam bidang sejarah telah membuatkan cikgu mengambil keputusan untuk mengajar subjek ini.

Nur Farhana : Agak menarik juga latar belakang kehidupan cikgu.Baiklah apa pula pandangan cikgu terhadap badan pengawas sekolah ini?

Encik Nasran : Pada pandangan saya , badan pengawas sekolah ini perlu lebih mantap lagi daripada pelbagai segi.Pertama melalui pengawas itu sendiri.Kedua,tingkah laku,pakaian,kedatangan,hubungan,gaya berjalan dan pelbagai lagi.Tidak lupa juga akademik paling penting.Rutin harian juga perlu lebih dititikberatkan dari hari ke hari.

Nur Farhana : Apa pula harapan cikgu terhadap badan pengawas sekolah ini?

Encik Nasran : Saya berharap agar semua pengawas dapat memantapkan lagi hubungan sesama mereka.Daripada segi akademik pula,hanya 40 peratus sahaja yang memiliki akademik yang baik.Kebanyakan pengawas adalah daripada kelas atas.Kerjasama antara pengawas juga hendaklah dipertingkatkan oleh pengawas pada masa akan datang.Saya juga tidak menggalakkan pengawas keluar dari kelas semasa P&P dijalankan.

Nur Farhana : Baiklah.Apa pula wawasan yang ingin cikgu bawa dalam sekolah ini?

Encik Nasran :  Bagi unit Hal Ehwal Murid,unit ini lebih memberi penekanan kepada disiplin warga sekolah ini.Setelah lebih kurang lapan tahun berkhidmat secara keseluruhannya disiplin di sekolah ini agak baik.Masalah disiplin juga semakin kurang dari hari ke hari.

Nur Farhana : Terima kasih Encik Nasran kerana sudi meluangkan masa dengan kami.